Manifesto Penuh Peto Galim

Rangka Kerja Pembangunan Komprehensif untuk Masa Depan Inanam yang Lebih Baik

PENGIKTIRAFAN HAK ANAK NEGERI & BUMIPUTERA

  • Melindungi hak Anak Negeri mengikut Perlembagaan Malaysia
  • Menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri yang tertangguh
  • Memastikan keramat maruah dan identiti kita tidak dikompromi

INANAM SEBAGAI PEJABAT DAERAH PENUH

  • Memperjuangkan status Inanam sebagai Pejabat Daerah Penuh
  • Meningkatkan peruntukan pembangunan untuk Inanam
  • Memberi kuasa pentadbiran penuh kepada kerajaan tempatan
  • Mempercepatkan urusan komuniti dengan pejabat daerah yang lengkap
  • Meningkatkan keupayaan pentadbiran tempatan

INFRASTRUKTUR 3 SERANGKAI - AIR, JALAN, KARAN (AJK)

  • Menyelesaikan isu bekalan air bersih di seluruh kawasan Inanam
  • Menaik taraf jalan utama dan jalan kampung
  • Memastikan pentadbiran bekalan elektrik yang lebih efisien

PERUMAHAN & KEBAJIKAN

  • 500 RumaH Mesra SMJ untuk OKU, ibu tunggal, dan keluarga memerlukan
  • Harapan Rumah Komuniti untuk golongan kurang upaya dan warga emas
  • Program bantuan pembaikan rumah untuk keluarga miskin
  • Perumahan mampu milik untuk golongan belia dan muda
  • Meningkatkan kemudahan asas di kawasan perumahan

EKONOMI BERDAYA MAJU & SIFAR MISKIN TEGAR

  • Menangani kos sara hidup rakyat dengan lebih berkesan
  • Menyokong usahawan kecil dan sederhana untuk menjana ekonomi setempat
  • Memperkukuh peluang ekonomi kepada golongan keluarga kecil & sederhana
  • Meningkatkan peluang pekerjaan melalui projek pembangunan setempat
  • Menyokong pembangunan perusahaan desa dan pertanian
  • Membantu penduduk dengan program pemberdayaan ekonomi yang lebih menyeluruh
  • Memastikan tiada keluarga dibiarkan tertinggal dalam pembangunan

PENDIDIKAN, MASA DEPAN ANAK MUDA - TVET INANAM

  • Pembangunan TVET Inanam untuk melahirkan generasi muda berkemahiran
  • Menyediakan tenaga kerja yang berdaya saing dalam industri
  • Menyokong pembangunan pendidikan kemahiran untuk anak muda Inanam

MITIGASI BANJIR & PENGUKUHAN KAWASAN RISIKO

  • Tindakan segera mengatasi banjir di kawasan berisiko
  • Pengukuhan kawasan terdedah bagi melindungi komuniti